Instagram

OpenHouse KakJas

After wedding kat bukit tarak untung tu, weols terus drive ke kota kemuning s.alam... Poyo2 ikut highway guthrie. Sekali kena 3 tol rm1.40, gile ahhhhhhh.. tak sampai secoet.. dah jumpa tol.. kedepan skit, tol lagi.. kena bayar amount yang sama plak tu..

Aku: Eh B, ni bukan tol tadi ke? kita patah balik eh??

Ayat buat lawak untuk menenangkan diri sendiri, hehehe..

Sampai2 s.alam, jalan agak hazab dengan ujan lebat.. Ciput dah naik stress.. So, aku tak layan dia, kalau tak... aku pun naik stress sama.. tak soka..

Last2 sampai jugak weols kat rumah kakJas... (blogger)

Nice gile umah kakJas. Kawasan umah dia pun best. Security no1.. sangat la ketat.. Tapi ok la.. Sebab itu yang penting pun..

Sampai2, weols lepak2 dulu.. sambil tunggu kakjas and bibik hidangkan makanan. Then borak2 la ngan hubby kakjas. Aku tolong gelakkan jer. Ciput la yang borak2 pun. Elok sangat la dorang berdua.. Dua2, engineer.. Dua2 gila bola.. huhu~

Kakjas nie comellllllll je orangnye, hehehe.. cam kakUngku, =P Kecik yo.. sangat cantikkkkkkk.. anak sudah ada 3 orang. Yang sulong lelaki, umur 14... Tapi tak macam ada anak umur 14 tau.. siyes tak tipu...

Aku and ciput pandang dorang laki bini cam tercengang2 jer, hehehe.. tapi dapat dicover dengan jayanya.. Nak tanya lebih2 malu... hehehe
Tapi... kakJas memang frendly, nonStop ok dia bercerita. Aku nie kena jumpa dengan orang yang banyak cakap, baru aku rasa selesa.. kalau ko pun diam, aku pun diam.. memang susah la nak masuk..

Yang anak2 dia lak segan2 nak jumpa aku, =P Kononnye dorang pun baca blog aku.. so, mamanye pun panggil la deana n tsya. Tanya, kenal tak ngan autie nie, kenal tak???

Oh, terasa glemer terus.. wakakaka..

Pastu buat sesi interbiu.. Tanya, nape nama uncle ciput, ciput.. pastu suh mamanya tanyakan aku, bila nak ajar ajar mamanya cantikkkan blog, hahaha..

Deana, nanti autie ceera datang umah lagi tau.. Tapi pasnie jangan ah malu2.. kalau korang malu, auntie pun malu......

Adoi, kena panggil diri ku auntie ke kakjas?? =P

Gambar deana aku tak sempat nak snap.. Masa aku dah tak segan nak amik gambar, dia takde la plak.. Masa aku dok segan, boleh plak dia tanya mamanye.. "Autie ceera taknak amik gambar ke???" Hoho~
KakJas, ceera and tsya

Lepak sana sampai kul 6lebih. Then kami mintak diri sebab ciput ada hal lain malam tu. Lagipun umah kakjas dah sampai tetamu lain. Elok nau la kami balik..

Tq kakjas sebab layan spesel untuk kitorang, hehe.. Nanti free2 saya datang umah akak lagi eh.. Dah tau jalan senang la..

9 LoveGreen:

MiSZuE said...

aah nampk cantik umah akk nie:)

antalya said...

mcm adik beradik la korang nihh

Tny said...

Ha'ah.. tgk sket je pun.. dh nmpak cantek umah akak tu..

Ha'ah laa.. akak tu kecek comel je :)

:: p R i n c E s S _ N :: said...

tomey nyerr kak jas...

darling8tabby said...

cantik rumah kjas tu ye...sukaaa

pearlEJ said...

a'ahh laa, kecik molek jerkk akak tu kann... mmg mcm kak ungku.. hehehe...

lily lotus said...

ahaks..comel loteh sungguh tuan umah..

[ LADYKiKi] said...

wadehhh asyikmakan je ko...

mummysyafie said...

mula² tadi ingat kak jas tu ceera..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998