Gambar tak boleh blah. Rambut dah macam sarang tebuan, kah kah kah...
Sambungan cerita sewaktu zaman kanak2.
Tengah free nie, dan tengah syiok nak bercerita. Mari moh ler membuat sambungan kisah hidup yang lalu.
Zaman kanak2 dulu sangat berbeza dengan zaman kanak2 sekarang.
Mungkin mak2 zaman sekarang pun dah tak berani nak kasik anak2 bermain di luar. Dah tu, kat tv kes culik je memanjang, sapa tak takut. Kalau aku keisha dah besar kang pun aku warning jangan main jejauh. Main depan rumah je boleh, tapi no longkang please. Haha...
Lagi satu permainan yang aku ingat time cuti2 sekolah adalah. Main tembak2...
Kazen aku akan amik kayu, lepas tu dia akan tukangkan kayu tu menjadi bentuk pistol. Kang kitorang akan amik biji (bentuk bintang) apa ke ntah namanya. Tapi pokok dia ala2 rumput. Lepas tu letak kat pistal ikat dengan getah. then, lepas kan getah... bijik yang ala2 peluru tu melantuk ke badan orang.
So mula la main polis2 pencuri begitu.
Tapi sangat seronok la.
Satu lagi, tragedi hitam selain langgar pokok adalah terpotong jari sendiri. Yang ini pernah citer, ko pergi masuk link ni -
Jari aku cacat
Lepas tu dulu rumah aku ada kebun tau. Mak aku tanam macam2 jenis sayuran. Yang sekarang ni dah jadi tapak untuk abah aku meniaga. Haaaaaa kat situ la kebun dia.
Dia ada 2 peringkat. Tanah atas dengan tanah bawah. Aku nak sebut pun tak tahu, ko paham2 sendiri ajer la eh....
Kat bahagian atas tu, tak salah aku ada pondok kecik. Kat pondok tu ada tali panjang ikat kat pondok. Selalu jugak aku main kat pondok tu dan buat aksi ala2 tarzen. Selalu memang sukses la. Pernah sekali masa aku, wooo ooo oooo menjerit, entah macam mana terlepas dari tali terus kedebok jatuh ke bahagian bawah. sakit gila wooooooooo....
terus serik dah nak main kat situ... =P
Lepas dah tak jadi kebun, baru terjadinye stor.
Dulu weols panggil stor sebab situ tempat simpanan barang.
Abah kan keja lori. So orang rediffusion (aku tak ingat eja, tapi barangan jenama elektrik) mintak abah simpankan barang2 dorang kat situ.
Macam2 la ada. radio, tv, petiais.
Dapat la sikit2 income...
Mula2 simpan barang, lama2 jual barang begitu...
Start dari situ la, baru mak dengan abah meniaga perabut dan barang plastik.
Aku ingat lagi, stor tu jadi rumah kedua kitorang. Asal balik sekolah, akan singgah situ. Sebab mak masak semua kat situ.
Lepas tu ada satu part sebelum mak dengan abah meniaga adalah mak amik upah lipat kotak. Best wooooo... aku dengan adik beradik yang lain, berlumba2 lipat kotak. Sapa buat paling banyak kira hebat..
Tau tak lipat kotak tu macammana?
Yang korang guna kotak2 tu... sebelum jadi kotak kan ada orang gam kan dia kat sana sini supaya senang nak dijadikkan kotak...
Kitorang la yang gamkan dia..
Masa tu tangan kasar2 sebab hari2 main gam...
Lepas siap, nanti mak bagila upah.
Bab upah la yang paling best sekali, keh keh keh...
Ingat balik, susah jugak ye kami dulu. Kalau dulu ada program bersamamu, kitorang layak kot masuk bersamamu, hahaha..
So bila aku tengok bersamamu tu aku tak heran sangat.
Eleh, kitorang dulu pun susah gak macam nie. Makan sekali sehari jer, tak mintak bantuan orang pon.
Dulu kalau lapar sangat, lauk semua dah abis.
Cara favvy aku makan nasik adalah = Nasik + kicap + air masak + ikan bilis.
Sedap jugak, selera je aku makan...
Mak aku nie pandai menjahit. Baju2 kitorang semua mak yang jahit.
Sepentot jugak mak yang jahit. Senang kata 9/10 dari baju seluar dan sepetot adalah dijahit oleh emak.
Tapi kasihannnnn, tak seorang pun anak mak celik menjahit.
Dasar pemalas semuanya...
Masa sekolah dulu aku ingat lagi. Kasut sekolah pun susah nak tukar.
Dah koyak rabak baru beli yang baru.
Kira start sekolah, kitorang bukan antara yang semua baru la. Mungkin beg baru tapi baju stoking kasut semua adalah lama...
Aku dulu, kasut paling sedehhhh.. dah koyak sana sini tapi takut nak mintak kasut baru kat mak.
Serius, aku dulu adalah penakut orangnya.
Kejadian yang buat kasut aku koyak rabak adalah disebabkan aku kena langgar kereta. Sob sob sob.
Takde sapa pun tahu aku kena langgar kereta, sebab aku tak bagitau sapa pun.
Masa tu darjah 4 tak salah. Ke darjah 5.
Sekolah agama kitorang diseberang jalan besar.
So nak kesana memang kena melintas jalan. Time tu masih belum ada lagi traffic lite. Biasa kalau kita nak melintas, kereta2 akan bagi jalan. Masa tu kereta tu jauh lagi... aku pun lintas la macam biasa sampai tangan depa kasik tahan dengan harapan oi keta sila berhenti, budak sekolah nak melintas.
Tengah lenggang lenggok berjalan. Sekali aku terjatuh sebab keta tu dah langgar aku.
Nasib baik gak dia break uols. Kalau tak aku dah arwah kot. Sebab dia langgar kaki aku tersepit kat tayar kereta... cer bayangkan dia tak sempat brek, nauzubillah!!!
Lepas tu, terus aku tarik kaki aku, bangun dan jalan.
Yang orang langgar aku tu dah cuak tak ingat dah.
Aku pun cuak jugak, takut kena marah. Wakakaka..
Bodoh.
Jalan sambil terjengket2...
Yang orang tu, adik ok tak ni dik. Meh abang bawak gi klinik.
Takpe2 saya ok nie. Takde ap2a pun...
Terus jalan terjengkit2 pergi sekolah...
Sampai sekolah senyap je tak bgitau orang.
Balik rumah pun tak bgtau mak gak. Takut kena marah.
Entah la. Dulu memang takut la. Mak garang kot...
Pastu aku nie jenis yang last minit punye orang.
If ada rombongan ke, perkhemahan ke. Aku adalah penakut punye orang nak bagitau dekat emak. Berhari2 pikir ayat ko tau..
Last2 hari ni nak pergi, hari ni baru aku bgtau. Itu pun kawan2 dah datang rumah baru aku bgtau, haha.
Ini perangai aku sampai sekarang.
Masa aku dah besar pun macam tu jugak.
Dah kawin pun macam tu jugak, sampai ciput sound. Ayang jangan nak bgtau last minit k. Nanti B tak izinkan. =P
Kira dulu antara emak dan abah.
Emak adalah garang, abah adalah tak garang.
Sekarang, dua2 dah tak garang...
Nampak sangat dulu2, perangai kitorang yang macam ayam terlepas reban tak reti nak duduk diam, mana mak tak garang...
Now paham dah...
Ok ok, nanti sambung lagi...
Love: Ceera =P