Instagram

Exclusive Photoframe from Nuffnang

Korang dah pergi ambik frame + gambar kat nuffnang opis??? *kepada mereka yang pergi #napbas itu hari* Kalau belum ambil, sila la pergi ambil. Sebab cantik siot frame yang nuffnang bagi. Begitu exclusive sekali. Berat pun ye jugak. Boleh buat balingan anjing, eh...


Gambar beramai-ramai. Padahal amik sorang-sorang lagi bagus. Tapi biasa la, masing-masing malu kata ko... Aku nie lagi malu *pui* tak tahu nak senyum macam mana kalau feeling sorang-sorang kat situ...

Aku ambil sekali untuk kathy and andak. Yang lain ambik sendiri! =P
Kalau sapa tak amik, aku curik frame korang, Lol

Love: Ceera =P

Hari Krismas Ho Ho Ho... hari untuk makan!!!

Untung kawin campur. Merasa la engko nak beraya selain hari raya.
Macam tahun tahun yang lepas, asal tiba hari krismas je kitorang akan menjengah ke rumah adik beradik daddy. Tahun ni ke rumah auntie asmie. *selalu aku sebut yasmie, rupanya takde Y da...* Eh tahun lepas pun ke rumah yang sama jugak. Adik beradik daddy ramai, tapi hok ni ajer yang available untuk menerima tetamu pada hari krismas, yang lain mungkin membusy dengan anak beranak masing-masing ataupun pergi bercuti. Tidak la ku tahu. Dan ok je, kalau satu hari banyak rumah, patah pinggang ahkak. Ahkak dah la jenis pemalas lipas nak bertandang rumah orang lama-lama. Kuasa la sangat!

Kitorang sampai awal, jam 12 dah sampai. Eh awal la tu kan. Sebab kul 10 baru bangun, kahkahkah.
Elok bangun terus kelam kibut bersiap. Dah mama call, tanya kenapa tak sampai-sampai lagi, kusssssssssssss semangat! takut acik nak jawab...

Sampai-sampai teruslah semua menyerang pokok krismas.
Keisha asik la tarik tarik yang bulat tu. Takut aku tetiba pokok krismas tumbang disebabkan anak aku. Dah la lampu sana sini, yang dia dok cucuk-cucuk lampu tu. Kang kena zzzzzzzz baru tahu anak, bahaya!!!

Keisha dengan baju krismasnya.
TQ oma... dah macam pokok bergerak aku tengok anak aku.

Auntie Molly.
Anak yang sulong dari adik beradik daddy. Duduk di singapore dan bercoti beraya disini.
24Dec birthday auntie Molly, jadiknya kita sambut sekali birthday auntie molly yang ke teeeeeeeeeeeeetttttt... Tak salah aku dah nak masuk 70 kot! yeke?

Daddy, memanjanggggggggg cakap kat telepon.

Gambar bersama-sama
Yes, aku nampak tinggi dari leena, walaupun pada hakikatnya aku adalah lebih pendek. tsk tsk tsk...

Turkey
Aku cop kepak! kepak aku suka. Tak banyak daging.

Begedil, tapi inti dia ikan. Entah apa nak dipanggil.
Tapi sedap, aku makan sampai 4 kot, hahahaha...

Meriah dengan makanan.
Tak lama lepas tu, spagethi pulak sampai, yang tu aku tak amik gambar, tapi aku makan... rugi tak makan. nyumssss...

Budak budak main belon kat luar. Rumah auntie asmie ni besar. Rumah lama kan besar, tak macam rumah skang, harga je besar... tapi kocik nak mampuih!

Aku rasa setelah 3 tahun aku kawin dengan ciput, baru skang aku dapat hapal semua nama dorang. Kalau tak, asyik la nak tanya. B auntie molly yang mana satu B, auntie tet tet *tak ingat la tu cakap tet tet HAHA* yang mana pula.

Dah tu, belah aku senang ajer kan.
Ayah cik, ayah coo, makngah, emak... takde sebut-sebut nama.

Kemain susah nak dapat bergambar dengan keisha nie haaaaaaaaa...
Dia nak main ajer. Kita dukung terus lembikkan badan nak turun bawah.

So kami lepak sampai ke petang la. Sempat la jeppa and leena tidur-tiduran dulu. Aku tak tido ye, aku sibuk makan ajer...

Bergambar sebelum pulang.
Keisha dah merampus nak susu. Dia dah mengantuk sesangat!

4 orang, tak cukup lagi 2...


Dan gambar gediks kami, mengakhiri entry ini.
Adios...

Selamat bercuti panjang!

Love: Ceera =P

Pengembaraan bermula - Star, monorail, klia xpress and klia transit

Ini kejadian hari isnin *public holiday for krismas*
Kejadian hari krismas, besok baru aku update ok. Tak sabar nak story mory hok ni dulu...

Kalau ko surirumah, asal cuti je panjang akal ko pikir nak buat apa. Ye la, bosan siut... dah la weekdays ko duduk rumah seharian. Bila dah coti-coti haruslah ko nak berjalan kan. Kalau duduk rumah juga, ok la.. sabtu duduk rumah, tapi kalau ahad pun duduk rumah, compom aku meroyan. Paling-paling bawak la aku pergi jusco ke taman ke kalau-kalau sengkek. Eh, macam biasa sengkek je, hehehe...

Pikir punye pikir, aku pun ajak ciput bawak keisha jalan-jalan naik train. ada je akal aku.
Budak kan suka nampak train.
Tiap kali nampak star ke monorail ke, bukan main excited dia ter haaa haaa gelak gelak tepuk tangan.
Dah macam kesian pulak kalau tak bagi dia merasa naik train, walhal sebenarnya dia bukan tahu apa sangat pun. Mak dia yang melebih-lebih. *eleh ko pun sama*

Pengembaraan bermula jam 12:30pm
Dari bukit cheras naik kereta terus ke Terminal TBS.
1st time ke sana. Mula-mula ingat nak park keta kat lrt bandar tasik selatan ajer. Rupenya kat sana tempat parking dah tak proper ye. Terus ciput ajak ke Terminal TBS.

Boleh jugak usha-usha tempat baru.
Terminal TBS tu adalah Terminal Bersepadu Selatan ye anak-anak.
Dia ala-ala pudu raya. Dulu kan asal nak naik bas je ko berlari ke pudu raya. Sekarang, ko berlari pula ke TBS. Dah la besar, cantik pulak tu...

Actually, bukan jauh nau pun TBS tu dengan rumah aku. Tapi jalan nak masuknya, bukan main pusing sampai ke sri kembangan . Kalau nak keluar, tup tup terus ke MRR2. Cuma jalan masuk agak kejauhan sikit. Mungkin sebab taknak bagi MRR2 jam kot...


Sampai-sampai keisha dah mengamuk
Haaa ini tabiat baru keisha. Asal ada benda yang tak puas hati je dia berguling-guling. Dia ingat mak dia kesah sangat dia berguling... lagi aku menyakat ada...

Ciput: Tak ramai orang pun kat sini.
Aku: Sini besar kot, sebab tu tak nampak macam ramai orang. Cer kat pudu raya.. jalan pun siap langgar-langgar bahu. *sambil buat jalan konon-konon langgar bahu orang*
Ciput: Ye kan, situ la beli tiket, situ la tempat nak menunggu.

Pastu ko rasa macam selamat la sikit kat sini.
Kalau kat pudu raya sana... pandai-pandai la ko bawa diri. Kalau ko buat muka tak kenal KL, halamatla bahaya la engko.

Aku dulu, kalau dari UUM sampai kl jam 3 4 pagi. Sorang-sorang la aku menunggu abang aku. Tak siapa berani kacau, ko kena tunjuk yang ko ni orang KL + garang. Jangan nak poyo sangat turun kl pakai baju kurung *macam dalam drama*

Berjalan kaki nak ke LRT sana.
Ada bridge yang hubungkan terminal dengan lrt bandar tasik selatan.

Yeeee ini saya.
Salam perkenalan... pang...

Train pertama: Star LRT.
Lama siot tak naik. Lama lama lama sangat.
So bila nak bertukar jadi coin like token, aku dan ciput macam peraq sikit...

Aku: Haaa nak buat macam mana ni B? nak masuk celah mana???
Ciput: Scan kot...
Aku: Ye meh??? bukan kad je ke kena scan...
Ciput: Tu dia ada tunjuk coin pun kena scan...

Bila dah scan dah dapat masuk terus wooooooooooooooo hebat woh!!!

Train pertama keisha...
Biasa la, dia takut.
Nak dukung ajer. Kita suruh pandang luar pun dia jerit-jerit takmo. Dia main jeling-jeling lepas tu hug ciput kuat-kuat....

Harus amik gambar.
Kalau nak keluar, masukkan coin ke dalam tempat itu...
Bravo Star.. banyak improvement.

Stop kat Hang Tuah, lepas tu tukar ke monorail pula...

Train 2: Monorail
Aku heran, kenapa la pakcik nie nak naik monorail ke KL sentral.
Jauh kot nak berjalan nanti.

Masih takut, tak mahu turun. Kena berdukung sahaja...

Monorail masih sama. Pakai kad.
Ketinggalan zaman la u ni monorail kata Star...

Dan aku pun berlakon ala-ala tourist. Tak habis-habis kan.
Entah bila dapat pergi melancong kat tempat orang entah!!!

Eh macam tak pakai selipar... hehe...

Amboi B, kedut tak cover. Kahkahkah...

Cer senyum sikit anak oi. Masam memanjang...

Sesampai je, berjalan la kami anak beranak ke KL sentral.
Ok ini pun dah jauh. Dulu ko melintas depan tu terus monorail. Sikalang, kena jalan jauh lagi yeah... purfffffffff... peluk ketiak mak...

Sebbaik aku berlenggang ajer. Ciput yang angkat keisha dan hbeg.
Pandai tak aku beli hbeg dua alam...
Agak-agak ko malas nak bawak, ko suruh laki ko bawak. Takde la nampak sangat beg perempuan.

Kat KL sentral. Pergi bilik menyusu, susukan keisha. Lepas tu tukar diaper segala. Then lepak dunkin donut kasik chill...

Mula-mula ingat nak naik klia transit untuk ke klia.
Sekali dia kata kalau nak ke klia, kena terus amik klia xpress. Cis, baru ingat nak beli tiket murah sikit...

Budak penggemar escalator.
Asal kat escalator je ko kena turunkan dia. Kalau tak, nanti dia menjerit dan lembikkan badan...

Lagi 10minit train sampai...

Train 3: KLIA Express
Yeayyyy dah sampai...
Tiket harga RM35.
Kalau dua orang berbaloi, kalau 3 orang nak ke KLIA, terus tak berbaloi naik KLIA xpress.
Ciput cakap, bukan aku cakap. Aku mana pernah naik flight kat KLIA sana. Apa kejadahnya aku nak naik klia xpress kan...

1st time bagi kami berdua..
Laju siottttttttttttttttttttttttttttt...
Kalau train kat sebelah lalu, ko baru nak haaa aaaaaaa ehhhh dah hilang.
Kira baru nak jeling, anak mata ko baru sampai hujung tup tup dah hilang dah train tu, hahaha...

Dan bermulalah keisha tak boleh duduk diam.
Mungkin train ni ajer yang tak ramai orang. Yang dua lagi tu sesak padat.
Tu pasal yang kat sini, kemain hover lagi dia...

Duduk bawah memanjang. Dah macam takde kerusi pulak dah. Lepas tu berangan apa ntah, konon tengah bercakap kat telepon.
Budak-budak zaman skang, asal berangan ajer, cakap kat telepon...
Ko dulu pernah berangan macam tu? hahaha

Perjalanan amik masa dalam 32minit untuk sampai ke KLIA...
Sampai-sampai carik surau dulu...

Otw ke surau...
Dia dah berlari tak reti duduk diam. Bagus... macam ni la baru fun!

Lepas tu washupkan keisha and tukarkan baju bagi dia segar sikit.

So kitorang ke tempat nak tengok kapal terbang.
Budak-budak kan suka tengok aeroplane. Asal nampak je kat langit terus excited nak tunjuk kat kita. Objek kecik tu pun dorang boleh nampak. Tajam betul penglihatan budak-budak.

Seronok ajer keisha...
ok aku dah malas nak cerita, hahaha...

Mummy pun happy bila tengok keisha happy...

Puas la main kejar-kejar bagai...
Biar sampai keisha penat...

Lepas dia penat, terus masukkan keisha dalam carrier.
Sambil aku topok-topok bambam dia... tup tup keisha dah tidur. Bagus!!!
Bolehla aku makan dengan tenang sambil keisha tidur... Itupun aku order nasi goreng ajer, sebab nasik jer benda yang paling senang ko nak suap diri sendiri makan. Dah tu keisha kan kat depan perut ko, kalau saja-saja nak makan sup, celah mana pulak aku nak berslurppp slurppp bagaikan...

Lepas kenyang, laju laju beli tiket kat kila transit (RM26.50 kalau tak salah) dan berhenti kat Bandar tasik selatan.

Muka orang dah penat....
Kat dalam train, keisha dah bangun sebab ada orang cakap kat telepon pekik-pekik. Eh ko ni, macam ko sorang ajer ada telepon, sekeh kang.

Terus aku pun nak cakap kuat-kuat jugak, geram!

Selesai la pengembaraan kami anak beranak menaiki train.
Sampai rumah cun cun 6.45pm sebelum maghrib...
Kira perjalanan naik train lebih kurang 6 jam. Seronok seronok..
Nanti keisha dah besar, kita buat lagi okey...

Ok cuti new year ni nak buat apa pulak, hurmmm..
Pikio jangan tak pikio...

Love: Ceera =P

Keluaran baru Trudy and Teddy begitu Gojes

Tumpang lalu, anak saya nak jadi model untuk Trudy and Teddy kejap...

Cantikkan baju hijau polkodot nie...
Dah la aku ni hantu hijau, sekali T&T ada pulak baju hijau.... apa lagi, terus blink blink mahu...

Baju purple ni pun gojes.
Hai la anak, kenapa awak begitu comel.

Tak sangka T&T dah ada baju color purple dan hijau. Sebelum ni, T&T kan terkenal dengan color-color putih, grey, light pink, dan hitam. Sekali, eh eh.. dah ada hijau dan purple la.. not bad. Lagi banyak color lagi bagus. Banyak pilihan. Me likey!!!

Actually, ini adalah keluaran baru dari T&T sempena hari Krismas dan juga Chinese New Year. So jangan lepaskan peluang untuk dapatkan satu untuk anak anda...


Aku nak yang coklat tu, mahu mahu mahu!!! legging juga mahu kalau ada size keisha.

Apa lagi, jom kita serbu kaunter T&T yang berdekatan, atau boleh check new outfit mereka disini - http://www.facebook.com/pages/Trudy-Teddy/

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998