Instagram

Episod 2: Beraya dan melawat Raiisah baby Kathy

Syioknya... Tak sabar gilah nak jumpa baby raiisah dan kathy. Manjers yang lain dah jumpa dah, aku sorang je yang masih belum jumpa... jadinya excited terlebih!!!!
Tapi time jumpa lupa pulak aku nak dengar kisah bersalin ko kathy. Ingat nak dengar live... Tak apa, nanti kita jumpa lagi lepas ko habis pantang k. Kita shopping sekali, kahkah...

Gambar saya dengan raiisah...

Haluihhhh bebenor si raiisah ni nak di bandingkan dengan Yunnan.
Dalam pada halus-halus, raiisah ni panjang... Ate, kalau ikut daddynya tinggi la awok. Kalau ikut mummy, meratapi la ye, hahahaha...

Tengok la perbezaan..
Lagipun beza sebulan kennn... harap nanti awak pun bambam macam Yunnan sekali, geremsssss... kaki gerem, tangan gerem, perut gerem, pipi gerem semua geremssssss....

Sengaja aku bedungkan tangan si Yunnan tu. Kalau tak asik nak dikepak-kepakkan tangan dia... pastu terkena Raiisah. Amboi Yunnan, kecik-kecik dah pandai nak pegang-pegang pompuan secara tak sengaja tau... hihi...

Raiisah ni putih bebenor... Ko tengok ah kulit dia.. baru nampak yang si Yunnan ni gelap, haha... Lagipun kulit Yunnan bukan cerah benar pun. Kulit jantan kata koooo....
Masa datang tu, Raiisah tidur tak bergerak-gerak. Statik macam tu je. Orang riuh rendah pun dia macam tu jugak... Bagus, senang mak ko nak buat keja itu ini.

Manjers...
Nampaknya ahli sudah bertambah 2. Harapnya tahun depan bertambah lagi 2 ye. Amin amin aminnnnnn... eh, bukan aku la yang menambahnya, insy yang lain-lain tu... tapi kalau tetiba aku jugak yang menambahnya, alhamdulillah. Rezeki Allah jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Yunnan pinjam bantal raiisah color fink.

Budak yang siang tidur malam berjaga - kata emaknya...

Comel je Yunnan dalam dukungan Shah...
Badan anak-anak aku cepat keras. Sebulan je kepala dah tegap. Biasanya, orang yang takut-takut pegang bayi mesti mampu pegang anak aku. Serius...

Bersama mummy yang dalam pantang...
Kurus dah ko manjer. Senang je kannn. Tup tup habis pantang karang, dah kurus va va va dah... tapi part atas tu memang la... time ni la pun nak besor nye. Nanti dah anak 4 5 6 bulan, dah kembali normal. Tapi itu ikut aku la, orang lain... lain gayanya...

Suka sangat gambar ayu dengan Yunnan ni... Aku sendiri takde gambar macam ni lagi, hahaha... kena amik jugak ni. Kang menyesal dikemudian hari...

Ayu and keisha..
Keisha sampai-sampai bad mood. Sebab masa otw tu tidur pulak dia. Jadi bape minit sangat la dia dapat tidur kan. Tu pasal la muka taknak senyum. Tapi dah lama-lama ok balik... dan dan asyik nak berkepit dengan yana je. Yana kasik kek coklat pun kemain makan, padahal kalau kitorang suap taknak pulak dia... amboboiiiii...

Lupa nak snap gambar makanan yang mertua kathy sajikan.
Sedap-sedap. Paling best kek coklat. Aku tuju ke kek coklat dulu. Blink blink mata menengok kek coklat. Dah lama tekak ni teringin nak makan kek coklat, sekali dapat pulak bila datang rumah mertua kathy, rezeki betul...
Lepas tu ada satay, key teow goreng, nasik impit, semua aku makan! hoiii best!

Sebelum maghrib kitorang mintak diri untuk pulang. Ikut hati nak lepak lagi lama, tapi dah rumah mertua kathy kannnn.. tak geti-geti lagi nak berambus!

Biasala kalau dengan dorang, kat semua pelusuk nak amik gambar, kahkah...

Ok manje-manje ku. Nanti kita plan pergi shopping and massage k.. Tunggu kereta ku ada, sekarang patah kaki woi...

Love: Ceera =P

Episod 1: Kemeriahan raya qurban

Sebelum apa-apa, kena show off gambar puan blog dulu...

Gambar di IG...
Saje poyo kasik gambar muka sekerat-sekerat. Actually nak tunjuk rambut raya, lawa ke tidok??? lawa ke tidok???

Ini wajah full saya.
Ceaaa macam orang tak tahu je, hahahaha...
Mekap macammana pun, gitu jugak rupa saya. Takde beza langsung. Buat penat je ahkak berhempas pulas depan cermin bermekap habis-habisan. Hasilnya macam tu jugak, mencik. Tak apa la... nanti saya dah belajar mekap, confirm bertukar wajah seperti wardina.. =P

Oh, rambut ni zackU yang buatkan.
Masa datang tu lurus macam biasa. Sampai-sampai terus serbu masuk bilik zackU paksa-paksa dia curlkan. ZackU terpaksa redha je dapat akak macam ni... Hehe...

Terus va va va rambut i..
Hebat la ko zackU, kalau atam buat sendiri mesti tak cantik macam ko buat. *puji ada makna*

Hari jemaat tu kan cuaca boleh tahan best, sebab tu semua pun kalau boleh nak lepak dalam bilik zackU. Ada aircond, sejuk sikit. Kalau tak lepak bilik zackU, mesti akan lepak bilik mak. Kalau tak bilik mak, lepak dapur. Kalau lepak hall, berpeluh ketiak woiii.. paling-paling mesti ko carik kipas untuk tuju ke engko saja. Orang lain aku fedulik hape...

Aku sampai rumah mak dalam jam 12. Rupanya semua pun sampai lebih kurang jam tu jugak. Aku ingat aku yang paling lambat... rupanya masih ada insan yang lebih lambat. Sebbaik... Anak dua uols, banyak benda kena buat... ecehhhh, padahal bangun lambat, kahkah...

Saya bersama anak-anak.
Yunnan adalah bagus, sepanjang masa dia tidur. Mungkin balas dendam yang semalam punya tidur. Kan ke semalam tu dia tak tidur...

Kami bertiga.
Yunnan tak ada, dia tidur. Jadi tak mahu kacau.
Raya haji kennnnnnnn.. Jadiknya semua pun pakai baju hentam sajalah...
Ciput takde baju pepel, kalau ada dah lama aku paksa dia pakai baju pepel sama-sama dengan aku.
Baju aku dibeli di bandung. Kain pula di ampang park. So kita mix dan match. Nampak ok, pakai terus...

Cinta cinta...

ZackU punya kerja. Habis muka anak aku di mekapnya. Elok pulak tu keisha diam je kena mekap. Dah tu, dengan mak sendiri tak dapat, maksu nak mekapkan. Terus tadah muka... suka lettew kannnn....

Habis mekap, terus keluar carik daddy nak tunjuk muka dia yang dah cantik kena mekap... Besar kang awak ada jerawat jangan salahkan mummy... Tetiba.

Budak kuat mengaco daddy...

Kerusi dah penuh, maka duduk di peha suami adalah lebih seronok, kikiki...

Ajai yang dah sama tinggi dengan aku.
Dulu selalu kutuk dia pendek. Sekarang dah tak boleh kutuk lagi sebab dah tinggi dah ko ajai. Maktam ingat ko takat tu je...
Ajai ni form 2. Tapi kat twitter kemain jiwang lagi, nyampah kekadang membacanya... Pastu gaya, nak kpop ajer. Belum beli seluar color-color lagi. Kalau mama approved aku syak mesti dia beli color fink terus, hahaha...

Raya haji ni semua pun ada...
Jadi memang meriah la kat rumah mak. Wpon takde orang datang beraya-raya ke hape. Dengan kitorang ajer pon dah penuh dan gegar satu rumah. Syiok!

Disetiap pelusuk ada orang. =P

Ada pompuan gediks di situ. Apa kena mengena dengan dia entah...
Lepas tu feeling dato ct, pfffttttt...

Sebelum kitorang berangkat pulang untuk ke rumah kathy, sambut birthday nabil and dadif dulu. Cake adalah cake durian. Aku tak usik langsung, malas. Biasa la tu, bila dah boleh makan cuit pun tak hingin. Cuba time pantang, tertelan-telan ayor liur melihatnya...

Oh entry beraya rumah kathy next la ye... di episod 2

Love: Ceera =P

Persiapan malam raya haji

Tahun ini aku jadi mem besor mengarah orang buat kerja sana sini, uiiii best!!! Semoga tahun depan pun boleh jadi mem besar, hahaha... tapi rasanya compom kena maki kot kalau tahun depan pun masih feeling mem besor, sebab anak dah besar woiiiii... Anak kecik ni boleh la mengelat. Asal tengah dok membahagi kerja je, aku buat-buat jaga anak, kahkah...

Bagus Yunnan, awak memang pandai berlakon dengan tidak mahu tidur sepanjang hari. Pffftttttt...

Hari khamis tu, ciput balik rumah kejap amik kami anak beranak hantar ke rumah emak...
Aku patah kaki takde kereta. Lagipun kalau ada kereta pun, belum tentu aku berani lagi nak bawak 2 orang budak sekaligus...

Sampai rumah mak, yang ada cuma kaklang, akak dan ana. Yang lain takde. Kerja mungkin.
Ok la tu, kaklang dengan akak je pun dah cukup. Dorang buat kerja sangat pantas. zas zas zas dah siap. Kalau yang lain tu ada, kaki sibuk je semua...

Raya haji dan puasa sama je sibuknya kalau sehari sebelum raya.
Sebabnya??? korang pun dah tahu sangat kot. Rumah kitorang ada takbir.
Yang bezanya ofcoz sedikit kemeriahan... Raya puasa, masing-masing excited dengan baju baru, lepas tu dengan bermaaf-maafan dan duit raya... Raya haji semua tu tak ada... Nak ke masjid pergi tengok korban pun tak kuasa. Dulu kecik-kecik rajin la. Sekarang manjang tak kuasa. Tunggu anak besar sikit kot, bawak dia pergi tengok korban... Baru syiok...

Oh, aku ingat nextyear, asal raya haji je kena beli baju raya jugak. Baru semangat nak beraya itu ada... haha...

Yang pasti, wajib pakai kurung...
Ko melepak di rumah pun tetap kena pakai baju kurung... Raya kot!

Juadah malam raya, dan raya...
Mak masak sup tulang dan juga kari ayam.
Aku suka gila kalau mak masak kari ayam. Dah berapa tahun tak masak. Asik rendang daging je. Kalau ada kari ayam dap dap... mak masak sedap! hirup kuah je pun ok... Sedap!!!

Jadi aku memang bantai makan nasi impit dengan kari ayam je malam raya dan raya... Terlalu sedap. Tapi sup tulang pun kena makan jugak, sebab sup tulang pun sedap ho ho hoiiiiiiiiiiiiii...
Kesimpulannya, raya adalah makan makan makannnnnnnnnn...

Cuba teka, siapakah yang sedap memotong daun sup ini???
Tak dapat tayang muka, tayang cincin pun jadiklah kennnnnn....

Tembikai ini, nampak je merah, tapi tak manis pun. Itu la orang kata, jangan pandang luaran kerana dalaman belum tentu 'manis' eh...

Ini pengantin baru ahhhh, suruh amik tray pun nak kena berteman... Bila dah berteman, sekali amik salah barang pulak, dia amik penutup je.. pfffttt... last-last kena naik balik kedai abah amik yang sebetulnya. Itu la.... lain kali cek dulu sebelum balik...

Lepas tu aaaa, keja dia asik nak membuli isteri je..
Suruh isteri buat air la... amikkan nasik la.. pffttt..
Ninie, ko jangan layankan sangat ayie tu... mengada betul ye dia... siaplah dia!

Ini la budak yang tak mahu tidur dari tengahari...
Kalau tidur pun kejap kejap sangat. Penat dah kaki aku menghenjut dia, tetap jugak sama mata buntang. Sabor je la mak ko... Baru je mak ko nak merajin sikit, apa pun tak boleh...

Abang yang luar biasa rajin dia..
Sebab tu aku kena amik gambar... hahaha...
Aku baru je nak sound anak buah aku suruh dorang kemas dan kosongkan hall. Sekali tengok abang dah siap kemas semuanya. WOW... terperanjat gegirl...
Yang tak tahan siap lap seprah tu... WOWWWWWWWWWWW...

Yang alang buat kelakar. Sanggup naik turun naik turun dapur bawak air tea sejag sejag dan tuang ke dalam bekas besar...

Dia kata nanti kalau siap-siap tuang kat dapur, berat.. takleh nak angkat...
Tapi apakah kelakar sampai takleh angkat kalau airnya bukan penuh. Setengah pun tak sampai kot! Atam paham, kaklang nak exercise dalam diam ken...

Rumah pertama, jadi kena sediakan tabung...
Ini dia tabung untuk orang bukit C...
Aku laju-laju amik duit jadikan ibu duit.

Malam tu, tak ramai orang datang takbir, sebab hujan lebat menggila time isyak. Itu pun tunggu berhenti baru orang datang... sempat la kitorang renggang-renggangkan badan dulu tak perlu nak rushing sangat. Tapi seronok jugak la.. dapat kitorang makan banyak sikit. Dan malam tu, tak perlu nak basuh pinggan banyak sangat.

Masa orang tengah bertakbir, kitorang lepak dalam bilik zackU dan buat aktiviti ini...
Biasala anak dara kan, sibuk je nak melawa sekarang...
Ayin tengah buat rambut curl. Siapa yang jadi mangsa??? zackU la siapa lagi. Dia hebat tang iron rambut orang...

Ini angah...
Lawa gila rambut angah, lebat...
Lepas tu kitorang kong aja cakap kat angah...
Lawa siot rambut ko angah, macam model... tapi dari belakang je la... pastu semua berjemaah gelakkan angah, hahaha... tapi angah dah biasa, telinga dia dah kebal dapat mokcik kong aja macam ni... =P

Lepas orang takbir ke rumah cikmah. Kitorang semua keluar buat aktiviti biasa setiap tahun iaitu sambung makannnnnn....
Aku lepak sampai jam 1130, lepas tu mintak diri pulang. Besok datang lagi...
Lagipun tahun ni tak balik sabak bernam, sebab malas nak balik anak kecik lagi. Tunggu la dia besar sikit, baru kita balik jumpa nekyang...

Aku jam 2 baru tidur. Tetiba mata takmo lelap pulak...

Love: Ceera =P

Tutorial NuffnangX Badge

How to insert NuffnangX Badge into ur blog? how how how???
Begini caranya ye, mudah sahaja...

Apa itu nuffnangx badge. Itu yang belah kanan blog ku itu. Kira ko click je badge tu terus masuk ke page nnx aku. Kalau nak follow, terus tekan follow. Tak perlu susah-susah nak mencari dah.

<center><a href="http://synad2.nuffnang.com.my/nn_gtrack.php?click&gid=11551" target="_blank"><img src="http://cdn.nuffnangx.com/assets/img/nnxfollowbadge.png" /></a></center>

Ini coding yang perlu ada..


Bagaimana nak dapatkan coding merah?
Bukak nnx masing-masing dan pergi ke blog masing-masing. Nanti akan nampak page begini yang ada button follow.
Lepas tu, amik url seperti yang aku bulatkan kat atas untuk digantikkan di tulisan merah dalam coding, http perlu ada tau. Tulisan oren tu pulak adalah imej nnx, jadi biarkan. Tak perlu tukar.

Di mana nak paste semua coding?
Pergi Layout - Add a Gadget - HTML/JavaScript - Save
Setel...

Selamat Mencuba!

Love: Ceera =P

Quote hari ini

- Suami rajin, isteri bahagia.
- Lelaki yang sentiasa menolong isteri di rumah adalah lelaki yang sexy.

Kesimpulannya. Sila la rajin, kuikuikui..

Petua kulit cantik seawal baby

Katanyeeeeee...
Hahahaha... nak gelak aku bila buat tajuk begini. Macam gaya iklan pun ado...
Ok kita sambung sisa-sisa entry confinement... ni last kot. Lepas ni takde dah, im promise... promise untuk mengandung kali ni ler... nanti kot mengandung terberanak lagi, adala lagi entry confinement kiterrrrr....

Ini petua mak shaye...
Petua orang-orang tua la senang kata...

Petua 1:
Minum air kelapa
Akan tetapi... jangan minum masa seawal mengandung, bahaya... minum time dah mengandung 6 bulan ke atas. Dan tapi jangan minum banyak banyak sangat. Minum secawan seminggu sudah okey. Dan 2 minggu lepas tu minum lagi. Ada kata, dah hujung-hujung mengandung baru minum. Ikut suka.. kalau jenis suka air kelapa boleh la minum time bila-bila pun, cuma jangan minum time awal-awal dan terlalu banyak, sebab kelapa ni boleh melemahkan baby kat dalam perut...

Orang kata, minum air kelapa ni boleh memutihkan baby. Tapi aku tak percaya akan itu. Aku lebih percaya air kelapa ni mencantikkan kulit baby...

Petua 2:
Kalau anak keluar-keluar ada rashes yang banyak, macam Yunnan. Boleh mandikan dia dengan air inai.. amik inai, rebus lepas tu mandikan dia tiap-tiap pagi... mak aku buat 7 pagi je, hilang rashes yunnan... tapi lepas tu kulit anak ko akan mengelupas la.. nak tukar kulit yang baru...

Petua 3:
Mandikan dengan air kelapa
Mak aku memang tak pernah miss mandikan air kelapa kat cucu-cucu dia. Anak-anak dia jugak kot... dunno, tak tanya.. mak aku kata, kalau mandikan dengan air kelapa. Nanti kulit kita akan cantik, kalau nanti ada kudis pun takkan berparut. Begitulah... Nak mandikan ni, bukan hari-hari mandi. 3 hari pun cukup. Time bila? ikut suka engko la.. nak mandi awal-awal lahir boleh, dah hujung pantang boleh, pertengahan pun boleh...

Sooo kepada yang bakal ada baby, boleh cuba petua ni kat baby masing-masing ye...

Selamat mencuba!

Love: Ceera =P

Pengaruh mummy


Selalu sangat nampak mummy pam tetek. Dan dan dia pun nak pam jugekssss. Keisha keisha... Baru oz kakak dapat? Hehehe...

Sudah bertukar tempat

Penat je aku train keisha tidur dalam cot before yunnan keluar, sekali now dia takmo tidur dah dalam cot, nak tidur sama-sama jugekkkk dengan kitorang. +___+

Ni semua salah pingu.
Keisha kan gila tengok pingu, hari-hari dok tengok cerita pingu. Kekadang tu sampai mengulang hok tuuuu saja... ok itu takpe... ada satu cerita tu, adik si pingu, pinga takut dengan shadow time nak tidur... eh dan dan dia pun takut jugak. Sebab time tidur kitorang ada pasang lampu kecik, takleh tutup lampu habis. Ada anak kecik ni kena pasang lampu kecik, senang nak menyusukan dia semua.. bila pasang lampu kecik, tentu-tentu akan ada shadow, wahhh dia pun nak takut sekali. Stress mak encik woiiiiiiiiiii..

Bila aku campak dia masuk dalam cot, beria menangis histeria... takut benar gayanya.. sambil kut kut kut tunjuk kat bayang-bayang, pffftttttt..

Jadi disebabkan itu, bersempit la kami berempat kat atas katil queen itu. Aku la pun yang paling sempit... dan keisha la yang paling bermaharajalela. Kalau boleh nak kangkang-kangkang time tidur, sabar je la... Yang aku asyik terbangun je sebab takut dia hempap, tendang adik. Tapi biasanya, aku memang letak something between dorang. Mana boleh biar dorang tidur sebelah-sebelah, ngko gila??? tunggu adik dia boleh gerak protect diri sendiri, barulah korang tidur sebelah-sebelah ye...

Ada satu hari tu, aku sudah tidak tahan...
Sebab sempit oiiii... sakit badan tidur menyempit ni.. last-last Yunnan, awak tidur la dalam cot ye. nak susu baru mummy ambil awak letak kat sebelah... tapi biasanya, first menyusu je aku dah terus letak dia kat sebelah dah, malas nak letak dalam cot balik, hahaha... sebab kan ke cot tu ada penghalang, kadang nak pok pok pun shushah... kena masukkan tangan di celah-celah palang itu...

Budak yang tidur malam. Pastu pepagi mesti akan bangun untuk berak. Tak kasik can langsung kat mummy tidur lama-lama... Kul 8 je dia dah ek ek ek ajak bangun...

Kakak la yang selalu nak tidur sebelah adik dia. Time aku tak tidur boleh la bagi dia tidur bersebelah macam ni... lepas kakak dah tidur terus aku tarik dia tidur sebelah daddy... Yunnan masuk cot.

Ada satu malam tu, aku dapat idea baikkkkkkkkkkk punye. Sumpah bernas punya idea...

B, cot ni kalau kita buang satu palang ni takpe kan? tak menyenget kan???
Tak rasanya...
Nanti B tanggalkan k. Senang ayang nak pokpok si Yunnan.
Ok, nanti B bukak..

Dan tadaaaaaaaaaaa... terus luas aku rasa katil haku. Suke sukeeeeeeeee...
Bijak betul mak encik ni kekadang, kikikiki....

Sekarang masalah sudah selesai. Semua dah tak tidur sempit-sempit dah...

Love: Ceera =P

My Good Times with Sunsilk

Dah jadi emak ni, jarang ada ME TIME.
Jarang itu bukan bermaksud langsung tidak ada ye. Ada itu masih ada... cuma nak dapatkan masa yang betul-betul terluang itu adalah sangat sukar...

Contoh:
Hari isnin hingga jumaat. Sudah tentu aku kena duduk dirumah menjaga anak.
Hari sabtu dan ahad pula banyak masa bakal dihabiskan di rumah mertua atau pun di rumah emak.
Dan kadang kadang, masa dihabiskan pula dengan suami dan anak-anak. Tapi nak dapatkan masa untuk suami dan anak-anak pun kelihatan sukar walaupun di hari weekdays secara kasarnya memang akan nampak aku habiskan waktu bersama mereka. Tetapi maksud aku disini adalah waktu bersuka ria melakukan aktiviti di luar bersama family.

Sangat sukar! *gigit dinding*

Kalau itu pun dah sukar. Apatah lagi untuk mendapatkan Me Time...
Sebulan pun tak tentu sekali...
Anak dah dua hoiiiiiiiiiii... nak nak aku ni housewife...

Walaupun begitu, syukur alhamdulillah... aku rasa aku antara emak yang masih ada waktu bersukaria diluar bersama kawan-kawan... harus ada ok... baru boleh bernafas sikit... kuikuikui...

Bila sudah ada Me Time yang diizinkan suami...
Kenalah menggunakan Me Time itu sebaik yang mungkin.
Orang bila jarang keluar, sekali dapat keluar kena la melaram sikit kennnnnnnnn... hehehe...
Jadi aku akan pastikan dari rambut sampai ke kaki adalah perfect. Kalau slack sikit, terus rasa tak best satu hari.

Ye, aku simple. Tapi dalam simple-simple pun kena la perfect uols...

Okey...
Pertama paling penting bagi aku adalah rambut mahkota wanita...
Rambut kalau kusut masai, apa pun tak boleh... Pernah tak jadi kat korang, kat rumah dah set rambut cantik-cantik berkilat-kilat, bila dah keluar dan 3 jam selepas, rambut dah jadi tak cantik, kusam, nampak kering dah kusut masai???

Aku pernah... dan aku tau, semua perempuan yang free hair pernah mengalami rambut yang membencikan, rambut tak menjadi seperti yang dikehendaki atau erti kata lain, bad hair day.

Biasanya, bila jadi macam tu, mesti stress. Bila stress terus rasa tak best. Bila tak best nak senyum pun malas. Bila nak senyum pun malas. Semua benda pun auto menjadi malas lalu, jom la balik...

Anyway nak bagitau yang Sunsilk ada solution untuk semua ini...

Sunsilk telah berkerjasama dengan Thomas Taw, pakar rambut kering dan rosak telah membuat produk yang mempunyai campura minyak semulajadi. Gabungan ini bertujuan untuk menangani isu-isu rambut kering dan tidak terurus yang melanda wanita hari ini...

The natural oils chosen for the power blend in Nourishing Soft & Smooth are:
  1. Moroccan Argan Oil - is rich in anti-oxidants and vitamin E, and well-known for its restructuring and moisturising properties. 
  2. Almond Oil - increases elasticity for perfect movement
  3. Coconut oil - nourishes dry and unmanageable hair.
  4. Camellia oil - leaves hair shiny and non-greasy.
  5. Babbasu oil - for its superior softening and smoothening properties.
Bila rambut dah jadi cantik, boleh ada My Good Times pula..

Ok, taknak banyak cerita lagi.
Sila pergi ke facebook Sunsilk Malaysia untuk join campaign Sunsilk Good Times...

Faham???

Phase 2 – Participants start creating their own good times combination 19 Oct – 7 Nov


Kalau aku...
Mula-mula aku nak pergi shopping, then lepak makan sedap-sedap , lepas tu nak buat manicure and pedicure, last sekali nak pergi spa untuk berurut. Bestnyewwwww.....

Well orang baru habis pantang ni memang banyak dalam fikiran dia, kikiki...

Jadi kalau berminat nak Sunsilk realisasikan impian anda, jangan lupa join this contest dan berikan your idea...

Mana tahu boleh menang...
Hippa hippa yeayyyyyyyyyyyyyy terus...

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998