Instagram

Projek hari ini #4 - kemas rumah

ya ampunnnn... rasanya dah sebulan kot tak kemas rumah. Lantai dah melekit lekit dah. Habuk pun dah merata. Kalau bisa ku kumpul habuk, ku rasa dah besar bola gamaknya...

Aku memang la tak mampu nak mop vacuum bila anak dua ni. Bukan tak sempat. Sempat je kalau ko nak sebenarnya. Boleh curik masa sana sini. Tapi tu la. Kemalasan mengatasi segalanya. Haha...
Baik tidur dari kemas.
Baik online dari kemas
Baik makan dari kemas.
Baik aku lek luuuu dari kemas.

Tu sebab habuk pun bertingkat tingkat.

Habuk je la. Part lain masih sedap mata memandang...
Dapur tu wajib ku kemas. Sehari berapa kali entah kemas. Aku pantang sikit kalau dapur kotor. Nanti aku stress + bebel kang.
Dah la sekarang rumah aku ni dikuasai semut. Eeeee geram. Geram semut. Geram sangat! Rasa kalau nampak semut nak ku pijak pijak tenyeh tenyeh. Aku tak tau la apa motip semut ni. Sampai kat sabun pun dia nak kerumun. Ko gila eh semut. Dah desperate sangat eh...
Jadi aku akan make sure dapur tu sentiasa lap. Kalau tak semut desperate ni akan berada merata

Paling kong ajo kan.
Hari tu aku bagi keisha makan kat hall sambil nonton kartun. Pinggan letak bawah. Kira kitorang makan bersila la. Masa tengah suap suap keisha makan tu boleh tak tetiba tentera semut datang selambaaaa muka tak bersalah kat pinggan aku. Dia tak nampak ke ada raksasa kat situ. Dia tak nampak ke?
Gila kentang tak takut ko ye semut. Sanggup bermati matian sebab nak makan nasik aku. Gerammmmm...
Terus aku tenyeh tenyeh tanpa belas kasihan.
Lepas tu aku gelak kegembiraan macam orang gila dah kahkah...

Begitu la aku hari hari.
Pembunuh semut.
Pfffttt...

Kan dah citer ke lainnnn...

Ok sambung citer projek hari ini.
Kerja aku lipat kain, simpan kain, angkut segala kapet campak ke luar. Bagi clear lantai untuk ciput mop and vacuum.

Kerja ciput pulak.
Mop vacuum basuh baju sidai baju..

Sekali aku ketuk... keluar segala isi perut habuk. Ni vacuum pun tak lepas ni. Kena ketuk dengan kayu baru jalan.

Masih dalam proses vacuum.


Masa daddy vacuum. Kami lepak dalam bilik.
Now adik dah tumbang ketiduran. Kakak masih gigih menengok utube.
Petang petang sikit kalau rajin nak keluar shopping mall. Itu pun kalau rajin la. Kalau tak, esok masih ada...

Okbai. Nak jenguk ciput jap.
Senyap je kat luar tu. Mamat tu bukan boleh. Takut kerja 5 minit. Rehat 1 jam.
*singsing lengan*

Love: Ceera =P

2 LoveGreen:

mamacomel said...

Ceera..cite bab semut nih akak ada penyelesaian..ada ubat semut atau anai2 yg boleh didapati kat kedai senseh..dia bentuk serbuh..campur ngan biskut yg hancur..letak kt tpt dia selalu lalu..lg bagus kalu jupe sarang dia..tabur je..
Kesan dia..bila semut tu mkn atau bawak balik kesrg dia..yg mkn akan mati..jd koloni yg lain akan mkn member yg mati tu..soo sume mati sb keracunan..
Alhamdulilah..rumah akak nihbbyk semut dulu..semut itam..merah..yg bucuk tu pun ada..panas ati kalu tgh mkn tetiba dtg join mkn walaupun xku jemput..
Nanti dlm masa 2 atau 3 ari..semut xdtg lagi..

Klu tuk anai2..kena tabur atas timbunan kertas. .suratkabar paling dia suka..letak kt area srg dia..xlama tu xde lg dia menumpang kat rumah kita nih hah...

Try laa..ubat tu murah je..dlm 1ringgit je sepeket..biasa klu beli sy panggil ubat semut haha...

Surynn Zain said...

Bestnya kerjasama!

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998